Sunday, September 13, 2009

Dasar Pembangunan Negara dan Kaitannya dengan Perkembangan Pendidikan

Rangka Rancangan Jangka Panjang ke-3 (RRJP)

Keutamaan Pendidikan dan Latihan

          Globalisasi dan kemajuan teknologi yang pesat dalam tempoh RRJP3 akan meningkatkan permintaan terhadap tenaga buruh yang berkualiti, iaitu berpengetahuan luas dan mendalam serta mempunyai kemahiran berfikir yang tinggi. Di samping itu, mereka perlu mempunyai kemampuan menggunakan teknologi dan bahan baru secara optimum serta menggabungkan daya cipta dan inovasi secara berkesan. Bagi tujuan ini, adalah perlu membangunkan tenaga buruh yang mempunyai kelayakan akademik dan teknikal yang tinggi, kepelbagaian kemahiran dan pengetahuan menggunakan ICT serta nilai-nilai dan etika kerja yang positif. Bagi memenuhi keperluan tersebut, sistem pendidikan dan latihan akan diorientasikan semula dan industri perlu mempergiatkan latihan semula pekerja mereka bagi meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan daya cipta supaya sepadan dengan kemajuan teknologi pengeluaran dan perkhidmatan.

Pembentukan Kecemerlangan Dalam Sistem Pendidikan

          Keutamaan yang tinggi akan terus diberi kepada pendidikan dengan meningkatkan pelaburan memandangkan ia adalah penting bagi membangunkan kemampuan untuk mencipta, menyesuai dan menyebar pengetahuan baru. Pendidikan asas yang kukuh adalah teras bagi melahirkan tenaga buruh yang sihat, berkemahiran dan pintar yang membolehkan negara bersaing dengan jayanya di pasaran dunia. Strategi akan dilaksana untuk menjadikan sekolah sebagai tapak memupuk pemikiran kreatif dan kemahiran belajar yang penting bagi keperluan tenaga manusia pada masa hadapan. Kesesakan sekolah di bandar seperti di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan nisbah kelas kepada bilik darjah 1:0.63 akan dikurangkan menerusi pemindahan sekolah sedia ada dan penambahan bilik darjah dan sekolah. Nisbah kelas kepada bilik darjah, iaitu 1:0.90 bagi sekolah rendah dan 1:0.83 bagi sekolah menengah dijangka mencapai sasaran 1:1 pada tahun 2010. 

          Kurikulum sekolah akan dikaji semula untuk memupuk kemahiran berfikir dan menjana daya cipta serta pembelajaran kendiri di kalangan pelajar khususnya di peringkat rendah dan menengah. Ia akan sentiasa dikemas kini bagi memasukkan aspek pengetahuan dan teknologi baru serta kaedah yang inovatif dalam pengajaran Sains dan Matematik. Di samping itu, tahap penguasaan yang tinggi dalam Bahasa Malaysia di kalangan pelajar akan dikekalkan manakala kecekapan dalam bahasa Inggeris akan dipertingkatkan. Pada masa yang sama, mereka juga akan digalak mempelajari bahasa lain bagi membolehkan mereka mendapat dan menyumbang kepada pengetahuan dunia. Untuk melahirkan bilangan seniman dalam seni persembahan dan kebudayaan, langkah akan diambil untuk mencungkil dan memupuk bakat yang berpotensi di peringkat sekolah. Kurikulum dan aktiviti ko-kurikulum juga akan menyediakan peluang kepada pelajar untuk cemerlang dalam bidang seni. Guru akan dilatih dan kemudahan akan disediakan dengan secukupnya bagi mengisi keperluan ini. Di samping itu, sekolah akan digalak memupuk bakat pelajar dengan menyertai pertandingan dalam pelbagai aspek kesenian di peringkat kebangsaan. Memandangkan ICT merupakan alat penting bagi membantu memperolehi pengetahuan baru, sekolah akan dilengkapi dengan kemudahan untuk membolehkan lebih banyak mata pelajaran diajar menggunakan teknologi interaktif multimedia dan pengajaran menerusi laman web. Sebahagian besar sekolah termasuk sekolah di luar bandar dan di kawasan terpencil akan dihubungkan menerusi Intranet dan Internet menjelang tahun 2010. Bagi memastikan kurikulum sentiasa sesuai dengan keperluan industri, satu mekanisme akan dibentuk untuk menjalin hubungan antara sekolah dan industri dan memasukkan komponen pembelajaran yang berasaskan kerja. Industri akan digalak untuk menerima pelajar sekolah menengah atas dan kolej untuk menyertai latihan penempatan atau praktikal semasa cuti sekolah dan kolej. 

          Bilangan pelajar aliran sains yang layak masuk ke universiti masih lagi rendah. Masalah ini akan ditangani dengan mempergiatkan penggunaan kaedah pembelajaran kontekstual, menaik taraf kemudahan pengajaran dan pembelajaran, meningkatkan kualiti dan bilangan guru serta melaksanakan langkah untuk mendorong pelajar memasuki aliran sains. Di peringkat sekolah rendah, pengajaran mata pelajaran sains akan diajar pada tahap yang lebih awal. 

          Aliran semasa menunjukkan masih terdapat jurang prestasi antara pelajar sekolah bandar dan luar bandar walaupun usaha telah diambil untuk menambah dan memperbaiki kemudahan pendidikan. Keutamaan akan terus diberi bagi menyediakan kemudahan sewajarnya untuk membolehkan lebih ramai penduduk luar bandar mendapat peluang pendidikan yang berkualiti. Di samping itu, penyediaan pakej insentif khas untuk mengekalkan guru serta kakitangan sekolah di kawasan terpencil dan sukar dihubungi dijangka boleh memperbaiki prestasi pelajar di kawasan tersebut. Bagi memastikan sekolah di kawasan berkenaan dapat menikmati faedah daripada ICT bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran, teknologi komputer mudah alih tanpa wayar akan digunakan. 

          Perluasan dan penambahan kemudahan pendidikan yang pesat terutamanya di peringkat tertiari serta pemanjangan tempoh persekolahan kepada 11 tahun telah meningkatkan pencapaian pendidikan penduduk dan tenaga buruh. Pada tahun 2000, peratusan penduduk yang menamatkan pendidikan tertiari adalah 14.0 peratus manakala yang menamatkan pendidikan menengah adalah 58.8 peratus, iaitu satu peningkatan jika dibandingkan dengan pencapaian di awal tempoh RRJP2. Bagi memenuhi keperluan tenaga manusia dalam ekonomi berasaskan pengetahuan, peratusan penduduk dan tenaga buruh yang lebih besar perlu mencapai tahap pendidikan yang lebih tinggi terutamanya di peringkat pendidikan tertiari. Langkah akan diambil untuk memperbaiki kadar peralihan pelajar daripada peringkat menengah rendah ke menengah tinggi serta kadar terus bersekolah dan tamat persekolahan di peringkat menengah tinggi supaya kadar penyertaan di peringkat pendidikan tertiari dapat dipertingkatkan. Oleh itu, penekanan akan terus diberi bagi meningkatkan kapasiti pendidikan tertiari supaya enrolmen bagi kumpulan umur 17-23 tahun mencapai 40.0 peratus dan sekurang-kurangnya 35.0 peratus daripada tenaga buruh mempunyai pendidikan tertiari menjelang akhir tempoh RRJP3. Penubuhan universiti awam yang baru dan penambahan kapasiti institusi sedia ada akan menyediakan tempat tambahan bagi menampung permintaan terhadap pendidikan tinggi yang dijangka meningkat dalam tempoh RRJP3. Di samping itu, universiti dan kolej swasta perlu meningkatkan kapasiti sedia ada bagi melengkapi universiti awam dalam menyediakan pendidikan tertiari. 

          Universiti bukan sahaja berfungsi melahirkan tenaga kerja pada masa hadapan tetapi juga menjadi pusat bagi menghasilkan modal intelektual dan pengetahuan baru. Ini bergantung kepada kemampuan universiti tersebut melahirkan sekumpulan penyelidik yang berkaliber tinggi dan terlibat secara aktif dalam P&P serta menjalankan aktiviti penyelidikan yang mempunyai daya maju komersil. Bilangan graduan yang mempunyai ijazah lanjutan dari universiti tempatan akan ditingkatkan kepada 25.0 peratus daripada jumlah graduan menjelang tahun 2010. Dalam hubungan ini, beberapa universiti awam sedia ada akan disusun semula untuk dijadikan universiti penyelidikan dengan memberi tumpuan kepada program ijazah lanjutan. Tumpuan yang lebih diberikan kepada bidang S&T memandangkan terdapatnya keperluan mendesak untuk meningkatkan penawaran tenaga manusia dalam bidang ini. Kurikulum dan program ijazah di universiti juga akan dikaji semula bagi memastikan ia berorientasikan pasaran, mengambil kira jangkaan arah aliran pada masa hadapan dan memudahkan penyerapan teknologi baru. Bagi memastikan aktiviti penyelidikan sentiasa bersesuaian dan responsif kepada keperluan industri, universiti akan digalak untuk menjalin kerjasama dan usahasama yang rapat dengan industri dalam menjalankan penyelidikan serta menyediakan latihan kepada pelajar. Universiti akan digalak untuk menubuhkan lebih banyak pusat kecemerlangan dalam bidang khusus bagi membangun dan melaksanakan aktiviti P&P. Satu mekanisme penyelarasan aktiviti P&P akan dibentuk bagi membolehkan perkongsian maklumat dan meningkatkan aktiviti P&P di kalangan institusi pendidikan tinggi. 

          Sektor swasta akan digalak untuk meningkatkan penglibatan mereka dalam menyediakan pendidikan di peringkat tertiari bagi menampung dan melengkapkan usaha Kerajaan serta menjadi pemangkin bagi membangunkan sektor pendidikan dan latihan sebagai sebuah industri dan sumber pendapatan tukaran asing. Perluasan institusi pendidikan swasta merupakan sebahagian daripada usaha Kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah pusat pendidikan serantau. Institusi swasta, antara lain, akan digalak untuk menaik taraf kemudahan sedia ada dan membina kampus yang bertujuan khusus merangkumi kemudahan akademik dan riadah. Insentif akan diberi kepada institusi swasta yang menawarkan kursus dalam bidang teknikal dan perubatan. Langkah lain termasuk melonggarkan peraturan imigresen dan meningkatkan fleksibiliti dalam pengambilan tenaga pengajar asing bagi memudahkan perluasan dan penubuhan institusi swasta yang baru. Untuk memastikan sektor swasta menyediakan pendidikan yang berkualiti, fungsi kawal selia badan-badan yang berkaitan akan diperkukuhkan. Peraturan berhubung dengan pendidikan swasta akan sentiasa dikaji semula bagi melindungi kepentingan pengguna dan memastikan pembangunan industri pendidikan swasta yang progresif.

Pembangunan Profesion Perguruan

          Kerjaya perguruan akan menjadi satu profesion yang semakin mencabar memandangkan generasi muda akan membesar dengan pengharapan dan nilai yang berbeza. Para guru dan pendidik bukan sahaja dikehendaki menyampaikan ilmu pengetahuan tetapi juga dipertanggungjawabkan untuk membentuk keperibadian dan tingkah laku pelajar. Selain daripada kemahiran mengajar, penekanan juga akan diberikan kepada penerapan etika dan nilai moral ke dalam program latihan perguruan. Oleh itu, usaha yang berterusan perlu diambil untuk menarik lepasan sekolah dan siswazah yang berkelayakan dan berminat untuk menjadikan bidang perguruan sebagai kerjaya. Memandangkan peranan guru adalah penting, lebih ramai guru sekolah rendah dijangka memperolehi ijazah dan sebahagiannya mungkin memiliki ijazah sarjana serta kelayakan dalam bidang psikologi kanak-kanak dalam tempoh RRJP3. Ini adalah bagi memastikan guru mempunyai tahap kecekapan mengajar yang tinggi kerana sekolah rendah menyediakan asas bagi membentuk keupayaan belajar dan penyerapan pengetahuan di kalangan pelajar. 

          Selain daripada menarik minat siswazah menceburi profesion perguruan, guru yang sedang berkhidmat akan digalak untuk meneruskan pengajian di peringkat ijazah dalam bidang-bidang kritikal dan diperlukan. Pakej gaji dan kenaikan pangkat serta syarat-syarat perkhidmatan yang lebih baik akan ditawarkan kepada guru berkenaan. Semua guru akan diperlengkapkan dengan pengetahuan IT untuk membolehkan mereka mengikuti kursus serta merekabentuk bahan-bahan pengajaran dengan menggunakan ICT. Sehubungan dengan ini, program latihan untuk meningkatkan kemahiran ICT di kalangan guru diperluas dan dipercepatkan. 
Penggalakan Pembelajaran Sepanjang Hayat 

          Pembelajaran sepanjang hayat akan menjadi semakin penting dalam ekonomi berasaskan pengetahuan di mana pengetahuan dan kemahiran perlu sentiasa diperbaharui dan dipertingkatkan. Kemahiran dan kepakaran baru adalah perlu bagi meningkatkan keupayaan mendapat pekerjaan dan produktiviti. Langkah akan diambil untuk menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat di kalangan semua rakyat khususnya mereka yang tidak mempunyai pendidikan asas yang kukuh. Pembelajaran sepanjang hayat akan menyediakan peluang kepada mereka untuk menyambung pendidikan di luar sistem persekolahan atau di tempat kerja serta belajar mengikut keupayaan mereka. 

          Kerajaan akan memulakan usaha untuk menggalak dan melaksanakan program pembelajaran sepanjang hayat. Peluang mengikuti kursus latihan dan program pendidikan yang mampu dibiayai akan disediakan melalui Internet atau media ICT lain supaya rakyat mendapat peluang untuk memperolehi kecekapan dan kelayakan baru bagi kemajuan kerjaya mereka. Lebih banyak kiosk IT dan pusat siber akan dibina oleh Kerajaan terutamanya di luar bandar bagi meningkatkan peluang mendapat pendidikan dan latihan. Di samping itu, penubuhan kolej komuniti dan universiti terbuka serta pendidikan jarak jauh akan menyediakan satu lagi saluran bagi rakyat melanjutkan pendidikan di peringkat tertiari serta meningkatkan kemahiran dan kelayakan mereka. Ia juga akan membolehkan mereka yang telah meninggalkan sistem persekolahan kerana memasuki pasaran buruh berpeluang untuk terus mendapatkan pendidikan dan latihan. Institusi kewangan juga akan digalak untuk menyediakan pinjaman mudah kepada pekerja untuk meneruskan pendidikan mereka. Majikan akan digalak untuk mempromosi pembelajaran sepanjang hayat melalui program latihan dan latihan semula bagi melengkapkan pekerja mereka dengan kemahiran dan pengetahuan baru supaya mereka sentiasa dapat memenuhi keperluan kemajuan teknologi.

Pelaksanaan Pendekatan Baru Dalam Latihan dan Latihan Semula

          Pelaburan yang semakin meningkat dalam industri berintensif modal dan berasaskan pengetahuan akan meningkatkan permintaan terhadap tenaga manusia berkemahiran tinggi memandangkan penggunaan teknologi baru akan mewujudkan lebih banyak pekerjaan yang memerlukan kemahiran tinggi. Sehubungan dengan ini, latihan dan latihan semula yang merupakan elemen kritikal yang akan melengkapkan tenaga kerja pada masa hadapan dengan kemahiran yang bersesuaian dan membantu tenaga kerja sedia ada untuk menyesuaikan diri dengan ekonomi berasaskan pengetahuan akan terus diberi keutamaan dalam tempoh RRJP3. 

         Lebih banyak pelaburan dalam pembangunan tenaga manusia akan diperuntukkan terutamanya dalam latihan dan latihan semula untuk meningkatkan daya saing Malaysia di pasaran antarabangsa. Sehubungan dengan ini, kemampuan dan keupayaan sistem penyampaian latihan akan diperkukuhkan lagi bagi menambah bilangan tenaga manusia mahir dan berkualiti. Institusi latihan kemahiran baru akan dibina dan kapasiti pengambilan pelajar institusi sedia ada akan dipertingkatkan di semua tahap latihan. Di samping itu, institusi latihan awam akan digalak untuk menjalankan program latihan secara sambilan khususnya dalam teknologi baru. Melalui pelaksanaan program ini, institusi latihan akan dapat mengoptimumkan penggunaan peralatan dan kemudahan latihan dan seterusnya menyumbang kepada peningkatan bilangan tenaga manusia mahir. Ia juga akan mewujudkan peluang kepada tenaga kerja meningkatkan kemahiran dan meneruskan pembelajaran. Pusat latihan kemahiran lanjutan akan dinaik taraf menjadi pusat kecemerlangan. Selain daripada menambah dan mempertingkatkan kemudahan, pusat tersebut akan menubuhkan unit perundingan bagi menyediakan khidmat nasihat dan ujian produk kepada industri. Ini akan meningkatkan kualiti dan keberkesanan kos latihan di samping menyediakan sokongan kepada perusahaan kecil dan sederhana. 

           Perubahan teknologi yang pesat dalam tempoh RRJP3 akan memberi kesan kepada cara pengurusan kerja dan meningkatkan permintaan terhadap tenaga manusia yang mempunyai pelbagai kemahiran dengan asas akademik yang kukuh, berpengetahuan dan mempunyai kemahiran mengendalikan tugas dengan cekap. Dalam hal ini, institusi latihan kemahiran akan memberi penekanan kepada membangunkan kecekapan sosial dan pembelajaran serta memperkukuhkan asas akademik pelatih dalam Matematik, Sains dan bahasa Inggeris. Untuk meningkatkan lagi kualiti latihan kemahiran, pembangunan Standard Kemahiran Kebangsaan (SKK) mengenai pekerjaan yang berasaskan kepada tugas atau pekerjaan akan disusun semula ke arah proses kerja selaras dengan perubahan keperluan majikan. Di samping itu, SKK akan dibangunkan untuk latihan kemahiran dalam bidang yang berkaitan dengan pertanian. 

           Penggunaan pendekatan dual training melalui skim perantisan akan ditingkatkan dalam tempoh RRJP3. Bagi tujuan ini, lebih banyak institusi latihan akan digalak mengguna pakai pendekatan ini bersama-sama dengan industri untuk meningkatkan keberkesanan program latihan mereka. Pendekatan ini merupakan gabungan penyediaan latihan di tempat kerja dan institusi latihan. Tumpuan adalah terhadap latihan praktikal di tempat kerja manakala institusi latihan menyediakan asas teori. Pelajar lepasan sekolah yang mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia boleh dilatih menjadi pekerja mahir yang berkelayakan dan dapat memenuhi keperluan industri kerana mereka juga telah didedahkan kepada suasana kerja yang sebenar. Memandangkan pelatih menggunakan dua pertiga daripada masa mereka di tempat kerja, tahap penggunaan kemudahan latihan akan menjadi lebih rendah dan seterusnya mengurangkan perbelanjaan ke atas infrastruktur. Usaha akan diambil untuk menyusun semula program latihan di semua institusi latihan awam supaya menggunakan pendekatan tersebut yang berorientasikan pasaran dan responsif kepada perubahan teknologi dan industri. Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan akan diperkukuh untuk mempertingkatkan kemampuannya supaya dapat mengenal pasti jenis kandungan dan piawaian latihan serta meningkatkan kerjasama antara firma dengan institusi latihan. Di samping itu, skim latihan perantisan di bawah Majlis Pembangunan Sumber Manusia (MPSM) akan diperluaskan lagi bagi merangkumi bidang kursus seperti elektronik perindustrian dan kejuruteraan komputer. 

          Jenis dan tahap program latihan dan kursus yang dilaksanakan oleh institusi latihan awam akan dikaji semula secara berkala bagi memastikan ia selaras dengan perubahan teknologi serta meningkatkan keberkesanan kos. Institusi latihan awam juga akan memperkukuhkan sistem penyampaian mereka dengan menggunakan ICT termasuk sistem pembelajaran melalui laman web. Pelaksanaan pembelajaran melalui laman web adalah kritikal memandangkan institusi latihan awam mengalami kekurangan tenaga pengajar. Ia juga akan meningkatkan keberkesanan kos latihan dalam jangka panjang. Pembelajaran melalui laman web turut menjadi alat yang berkesan bagi pembelajaran sepanjang hayat dan menyediakan persekitaran pembelajaran mengikut keupayaan diri. 

          Langkah juga akan diambil untuk meningkatkan penawaran tenaga pengajar yang berkelayakan bagi mencapai nisbah tenaga pengajar kepada pelajar, iaitu :
Institusi latihan awam terutamanya pusat latihan lanjutan akan menjalankan program latihan tenaga pengajar untuk melengkapi program di Pusat Latihan Tenaga Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST). Bagi menarik dan mengekalkan tenaga pengajar berpengalaman di institusi latihan awam, skim perkhidmatan bagi tenaga pengajar di institusi tersebut akan dikaji semula, antara lain, bagi memastikan prospek kenaikan pangkat dan kerjaya yang lebih baik, peluang yang lebih luas untuk mengikuti latihan dan syarat perkhidmatan yang lebih fleksibel. Insentif khas juga akan disediakan bagi menarik dan mengekalkan tenaga pengajar yang mempunyai pengalaman bekerja dengan industri. 

           Pembangunan teknologi dan penyusunan semula industri akan menjadikan pekerja berkemahiran rendah tidak lagi diperlukan dan ini akan mengakibatkan berlakunya pengangguran struktur. Bagi mengurangkan kesan pengangguran struktur, satu program latihan semula yang bersesuaian dan mekanisme perlaksanaannya akan dibangunkan. Usaha untuk menjalinkan kerjasama melalui perkongsian bijak antara Kerajaan dan sektor swasta akan digalakkan. Penyertaan sektor swasta secara meluas akan digalak untuk menyediakan latihan dalam kemahiran baru dan teknologi termaju.


Monday, August 31, 2009

Unit Trust

Good things come in small packages. Know why unit trusts can work for you.


We know that wealth accumulation is about planning your short-term and long-term goals by using time as an ally. Unit Trust is an important investment opportunity to look at in order to achieve your wealth accumulation objective because it helps you enhance your net worth to meet your medium to long term goals. 

The trouble with investing, as an individual is two-fold: 
#Your relatively limited funds may not allow you to spread your risk across a number of investments very easily 
#They don't provide enough muscle to attract the best returns or economies of scale. 


What is a Unit Trust?
What happens with a Unit Trust is that the combined resources of many individual investors are pooled together in one large "fund", which can then enjoy both of those advantages, This fund is managed by a professional fund manager, who invests the money in a wide range of stocks, shares and other instruments which are collectively known as a "portfolio". Not only does this portfolio mean that all your eggs are not in one basket; you can also choose between different portfolios featuring lower or higher risk investments. You therefore end up with a very broad variety from which to choose, according to your individual risk profile.


So what are the benefits of investing in a Unit Trust?
#Diversification - the spreading of risks over a wide variety of securities in different sectors. Normally to do this, you must have a substantial amount of money to buy a diversity of stocks. However, unit trust funds facilitate this by providing small savers with an opportunity to pool their savings to invest in a diversified portfolio of stocks. You could think of this as not putting all your eggs in one basket. 
#Professional Fund Management - your ability to employ a team of well-trained, in-house investment professionals who conduct full-time regular investment research and analysis in managing the assets of fund. With such investment expertise, research facilities and information network, sound investment decision may be made. 
#Liquidity - you can redeem all or part of your units on any Business Day and the Manager will purchase them 
#Hassle Free - you need not trouble yourself with complicated decision making and arduous paperwork involved in investment in the securities market. 
#Affordability - you only need a small amount of money to participate in a professionally managed portfolio of investment and enjoy benefits accorded to others when investing in high-priced securities. At the same time, you can also reap returns from a portfolio of investment as opposed to a limited number of securities when one invests in the market directly. 

For medium to long term investing, Unit Trust is an attractive option. Chosen with care and qualified advice; they can earn you healthy returns at an acceptable level of risk. Investors can purchase Unit Trust from individual Unit Trust fund house agents or from Institutional Unit Trust Agents (e.g banks) offering such products.

The following are a few considerations to look into before you choose your agent/ bank:
Choice
#Whether it allows you to access to the widest possible range of unit trusts funds 
Objectivity
#Gives you objective advise on the funds that suits your investment profile and goals 
Expertise
#Tools and methodology to identify your financial needs and the gaps 
Service
#Responsiveness and product knowledge of agents/Personal Financial consultants 


Choice of management company
#Long term track record plus consistency 
#Current management team

Melaka Trip 22-23 August 2009

22 August 2009

5:00a.m. - Start our journey from Tangkak.

6:00a.m. - arrived Gadek Hot Spring. Enjoy the nature hot spring in eary morning.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

8:00a.m. - having our breakfast at Tampin.

9:30a.m. - Start our water play at Afamosa Water World.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

1:00p.m. - Having our lunch( Baba Laksa) at Jonker Walk.

3:30p.m. - Check in Melaka Mahkota Guest House. Take bath and rest.

Photobucket

Photobucket

7:00p.m. - Having our Nonya dinner at Melaka Raya.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

8:oop.m. - Shopping at Jonker Walk.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

11:30p.m. - enjoy the Satay Lut Lut.

1:30a.m. - Sleep.

23 August 2009

10:00a.m. - Having our breakfast+lunch (Chicken Rice)

11:00a.m. - Drink fresh fruit juise and GuiLingGao.

12:00p.m. - Go back.

Lure Fishing

LURE FISHING is one of the most exciting ways of catching predatory fish. Pike, perch, bass, trout. . . there is an endless list of fish that will gobble these plastic, metal, or wood creations, mistaking them for real fish.

There are three types of lures. Spinners and spoons are usually made of metal and either wobble or spin through the water in the same way as real fish. Plugs are made of wood or plastic and work in a number of ways: along the surface of the water, in mid-water, or deep along the bottom.

 
When you are lure fishing, it pays to search the water and not stay too long in any one position.
 Big predators like slack water just off the main current, and some often lie right by the bank.

 

Pay attention to detail 

Predatory fish are eagle-eyed, and a good plug should resemble a natural fish very closely.
Look for realistic eyes, scale patterns, and a shiny finish.

Working a lure


Never work your spoon, spinner, or plug in a mechanical, unthinking sort of way. Instead, try to make a big predator think that this strange wood, metal, or plastic creation is in fact a living, breathing, swimming prey fish!
Look out for all possible hiding places under fallen trees, among weeds, or along the bank.
Cast carefully and accurately, and constantly move the rod tip around to create a change of direction.

Spinners


On a spinner, a metal blade rotates as the lure is pulled through the water. The rotation sends out vibrations and the blade catches the light, so the lure looks like a small fish. Sometimes tassels of plastic or wool are added to entice the fish further.

Photobucket

Plugs

A plug is designed to look and move in the same way as a small fish, which often swims in distress. Plugs can be used for any d of water. Work them slowly in areas that might contain big pre

Photobucket

Photobucket

Photobucket



Spoons

A spoon is a lure made of shaped sheet metal. When it is cast and retrieved from the bank, spoons wobble through the water and attract avid fish with their shiny finish and bright colors.

Their action depends on your style of retrieve, so wind in irregularly to make them look like fish in distress.
Photobucket

Photobucket

Photobucket

The best lures. 

 Most fish will bite a lure that looks like a minnow,crayfish (crawdad),or other living prey.
 Spinnerbaits, crankbaits, and plastic worms work best for bass. Trout, pike and saltwater fish will hit shiny metal lures.Use a tackle box or a utility box to hold your lures.Remember the hooks are sharp.

 
Fishing heavy cover, where the bigger fish normally live, use a plastic worm or a "jig and pig" (leadhead jig with a pork frog trailer). Cast into the thickest area of the cover, let the lure drop, then shake the rod tip gently to coax a bite.

Kahang Organic Rice Eco Farm Trip - 29-30 August 2009

The first and only Certified Organic Rice Farm in Malaysia, sprawling over 260 acres, provides free and easy farmstays. 

It is uniquely a back -to-nature health enhancing eco lifestyle farm, with life enrichment programmes namely, secondary mountain trekking, a try at the water obstacle course, mountain climbing, fringe jungle walk, cycling, star gazing, bamboo rafting, organic farm produced meals, quality dragon fruits, coconuts, vegetables, herbs, with abundant river and rice farm fish, ducks, animals etc; vying to promote biodiversity in ecological organic agriculture and farming. 

The Farm is a fully integrated organic agro eco farm with pollution free river water irrigating the farmland from the 1,010m Belumut mountain. 

Kahang Organic Rice Farm was certified full organic status in December 2005 by the Malaysian Agriculture Ministry over a stringently monitored conversion period since 2001. The farm's fair price organic products are also available in the Singapore and Indonesian markets. 

Mission Statement: World Abundance and Harmony Through Organic Agriculture 

KAHANG ORGANIC RICE ECO FARM or KOREF strives to,
1) cultivate and produce genuine, best quality organic rice, vegetables, fruits and herbs at its farm, ensuring that they are available at prudent and affordable prices; 
2) create, expand and propogate the existing organic farm produce market; 
3) reduce marketing and packaging cost through 'direct from farm to consumer marketing' system; 
4) enable the organic farm to achieve an economy of scale so that it can operate in perspective towards sustainable eco system that is economically and financially viable.


29 August 2009

3:00p.m. - Start from Batu Pahat to Kahang.

5:00p.m. - arrived Kahang Organic Rice Eco Farm.

                 - Check in and having our tea break

5:30p.m - Start to fishing

Photobucket

me

Photobucket

my mum

Photobucket

my girlfriend

Photobucket

my bestfriend

Photobucket

good! get one small ikan haruan.

Photobucket

nice view

Photobucket

nice?

7:45p.m. - Having our organic dinner.

8:20p.m. - Bath

9:00p.m. - Try night fishing.

11:00p.m. - Sleep

30 August 2009

6:00a.m. - Wake up

6:30a.m - Go to fishing

Photobucket

Photobucket

1kg haruan

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

8:30a.m. - having our organic breakfast

9:30a.m. - go to visit

                 - paddyfield

Photobucket

Photobucket

                 - dragon fruit farm

                 - vegetable farm

11:00a.m. - teach some children how to fishing

Photobucket

12:30p.m. - Having our organic lunch

1:30p.m.  - bath and clean up room.

2:00p.m. - check out and go back.